Pelbagai alasan yang menjadikan perkataan “sosialis” dalam nama Parti Rakyat Malaysia dimansuhkan,terutamanya sosialisme saintifik aka Marxisme yang kekal sejak zaman kepimpinan Ahmad Bioestamam,tokoh masyhur politik kiri Malaysia. Seperti yang dikatakan fikiran kiri tidak laku di kalangan rakyat Malaysia,ini adalah tidak benar,kerana sejak kemerdekaan Malaysia,rakyat jelata dari berbilang kaum kebanyakan menyokong PB & PRM yang berfahaman kiri dan berprogresif ,berlainan daripada politik pakatan UMNO-MCA-MIC,Barisan Sosialis lebih mementingkan hak pekerja dan mengutamakan rakyat taraf marhaen(prolitariat)dari peringkat rendah,tidak dinafikan pada zaman kira-kira 50 dan 60-an,bilangan pekerja gaji rendah serta rakyat yang menghadapi masalah kemiskinan terlampau banyak.Perkara seperti ini tidak langsung dihirau oleh kerajaan Tunku Abdul Rahman yang bersifat feudalisme dan menggunakan kausa politik untuk menindaskan rakyat supaya tidak menyokong parti sosialis,kerana ia serupa menyokong komunisme yang menentang hak bebas rakyat,tetapi cuba kita lihat berapakah kebebasan yang kita dapat sejak nagara kita dipimpin oleh parti arus kanan dan sifat perkauman itu?
Selepas rusuhan kaum May 13 dan tamatnya zaman fuedalisme Tunku,ketua pemimpin elit UMNO seterusnya yang berusaha mengembangkan legasi “racisme”seperti Tun Razak,Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir terus menggunakan serta mencipta akta-akta yang kejam untuk menyekat hak kebebasan rakyat,Parti Buruh telah diharamkan.Selepas itu,tahun 1974 juga merupakan sejarah sedih dalam perjuangan sosialis,ramai pelajar universiti berhala kiri & progresif mengadakan demonstrasi untuk mengingatkan kerajaan tentang isu kemiskinan yang makin teruk,gerakan ini telah menarik perhatian dan sokongan rakyat tetapi diserang kuat oleh kerajaan yang kejam itu. Pada ketika itu,hamper kesemua universiti dalam Negara dianggotai oleh persatuan pelajar yang berideologi alternatif dan kiri,dan sejak itu AUKU diluluskan oleh kerajaan untuk membanteras aliran kiri yang bangkit & pimpin seluruh universiti Malaysia,peminpin pelajar terkenal separti Hishamuddin Rais dari Kelab Sosialis Universiti Malaya terpaksa lari ke luar Negara & ramai ahli dan penyokong gerakan telah ditahan & didera oleh pihak kerajaan dengan menggunakan ISA.Universiti dianggotai konco-konco BN & yang suka mengampu bodek itu ,bahkan dialah ketua pelajar,sampai sekarang keadaan ini tidak diubah.
Kenapa Kassim Ahmad, pemimpin yang berfahaman Marxisme,tokoh kiri yang menukarkan nama PRM kepada PSRM,akhirnya tarik diri pada 1984 dan sertai musuhnya UMNO?Adakah kerana tawarannya begitu hebat?sampai saudara Kassim sanggup keluar PRM untuk perjuangan Melayu sahaja?PRM ditubuhkan oleh Ahmad Boestamam bukan hanya untuk kepentingan Melayu sahaja,ia berjuang untuk seluruh rakyat Malaysia,tetapi disebabkan ia merupakan salah satu parti politik yang bertujukan kepada Melayu berfahaman kiri,jadi adakah ia sebuah parti nasionalisme?Selain berjuang untuk hak kepentingan Melayu,hak kaum lain juga mesti dijaga,Bukan masalah Melayu yang miskin ataupun kaum lain yang miskin tidak dapat diatasi,itu kerana rakyat sanggup menyokong pakatan Axis BN yang pura-pura mementingkan rakyat & menjaga hak Melayu dan sebagainya,dan ini bukan masalah rakyat Malaysia tidak lagi menyukai sosialisme,mereka tidak tahu,lagipun fahaman sosialisme yang mulia telah dimomokan oleh kerajaan Axis BN sejak dahulu.Pada zaman 90-an,PRM sanggup menbuangkan sosialisme & pada 2003 ia dalam pimpinan Syed Ali digabungkan dengan Parti Keadilan Nasional yang berhala nasionalisme & liberalisme,PRM tidak lagi berkait dengan gerakan kiri walaupun Hassan Karim membangun semula pada tahun 2005,ia tidak bermakna lagi.
Parti Sosialis Malaysia yang ditubuhkan oleh para sosialis yang meninggalkan PRM pada 90-an pada 1998,merupakan sebuah parti politik yang satu-satunya melanjutkan perjuangan kiri & sosialisme dan berhasrat membangunkan semangat sosialisme yang telah layu & terbiar di negara ini.Pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun ini,Pengerusi & Komiti PSM ,Nasir Hashim dan Dr.M.Jayakumar Devaraj telah memenangi sebuah kerusi DUN & sebuah kerusi Parlimen,ia merupakan satu permulaan bagi sebuah parti kiri walaupun ia ditanding dalam tiket PKR,berbanding pada zaman 60-an,Barisan Sosialisme pernah memenangi puluhan kerusi DUN dan 8 kerusi parlimen,PSM harus lebih rajin menarik perhatian ramai terutamaan rakyat marhaen,dan mengembangkan hasrat parti ke merata-rata tempat seperti menyebarkan fahaman sosialisme dan mengajar mereka yang berminat tentang ideology & sejarah kiri ,secara betul & menghapuskan fikiran buruk mereka terhadap politik kiri.
Apa yang boleh dilakukan oleh penyokong politik kiri?50 tahun sudah berlalu,yang ditindas sudah puas ditindas,kita harus membuiat sesuatu,jika Pakatan Rakyat yang berfahaman Islam,social-demokrat,liberalisme itu dapat menarik perhatian & sokongan rakyat jelata kerana mereka membenci kerajan Axis yang kejam & haprak itu,mengapakan fahaman kiri,terutamanya sosialisme tidak boleh berkembang?Inilah tanggungjawab kita,inilah saat kita untuk menyanyi semula Internacionale,mengibarkanlah bendera warna merah yang melambangkan pekerja , marhaen & anti-reaktionist,anti-kapitalisme!Perjuangan kita telah mula,apa yang mahu ditunggukan lagi?Bangun para pejuang sosialisme,tibalah masanya kita berjuang & bertindak untuk membebaskan hak kita,mengembalikan keadilan dan kesama-rataan kepada bangsa Malaysia!