Forum Sosialis tahunan adalah tempat untuk perdebatan dan perbincangan isu-isu kritikal ekonomi dan politik yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Forum Sosialisme 2011, akan berlangsung pada masa komunisma dan sosialisma digunakan oleh kerajaan pemerintah sebagai “bogeyman” untuk menyerang gerakan rakyat dan juga pengkritik kerajaan.
Tema “Sosialisma sebagai alternatif untuk Malaysia” untuk forum tahun ini ,adalah sangat releven pada masa kini kerana ia menyediakan medan untuk menganalisa sosialisma sebagai ideologi politik dan juga sebagai alternatif kepada sistem kapitalis yang sedia ada.
Banyak negara Latin Amerika sudah pun menerima sosialisma sebagai ideologi pentadbiran , akan tetapi rakyat Malaysia masih mempunyai perasaan was was dan takut terhadap komunisma dan sosialisma yang telah diwujudkan oleh British dan diteruskan oleh kerajaan Barisan Nasional pada masa sekarang. Kini keadaan ini sudah berubah dengan penahanan ahli-ahli PSM dibawah Ordinan Darurat kerana cuba menghidupkan semula Komunisma.
Mulai itu, topik larangan seperti komunisma dan sosialisma menjadi topic perbualan harian rakyat. Maka forum ini memang diadakan tepat pada masanya.
Forum ini akan membantu memisahkan kebenaraan daripada propaganda kerajaan mengenai ideologi kiri.Dalam forum ini akan diperbincangkan sosialisma sebagai alternative walaupun terdapat banyak kritikan terhadapnya.
Sosialisma 2011 akan menyediakan peluang untuk membincang dengan lebih mendalam tentang model sosialis, kelemahan dan kekuatan negara Sosialis yang pernah wujud, ekonomi Malaysia dan bagaimana Sosialisma boleh menjadi alternatif kepada rakyat Malaysia. Forum ini juga menyediakan perbincangan mengenai model ekonomi yang rakyat mahukan.
4 SESI PERBINCANGAN YANG BAKAL DIPERDEBATKAN.
1. Adakah Malaysia maju di bawah Kapitalisma?
2. Adakah Model Ekonomi Sosialis alternatif yang baik ? Kritik mengenai Model Sosialis terdahulu
3. Adalah ideologi Sosialis praktikal dalam masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia?
Kebebasan dan pembangunan rakyat yang penuh
4. Sosialisma ala Malaysia?
Ahli Panel
- Dr. Ahmad Fuad Rahmat ( Academician)
- S. Arutchelvan ( Activist and Sec Gen PSM)
- Boon Kia Meng ( Social Activist)
- Choo Chon Kai ( PSM Central Committee and EO detainee )
- Prof. Dr. Edmund Terence ( Academician, University Malaya )
- Jayanath Appudurai (activist – SABM)
- Dr. Jeyakumar ( MP Sungai Siput and PSM Central Committee Member)
- Melanie Barnes (National Executive, Socialist Alliance, Australia)
- Masjaliza Hamzah(SUARAM & CIJ)
- Dr. Nasir Hashim – Chairperson Parti Sosialis Malaysia
- Rani Rasiah ( PSM Central Committee Member)
- Dr. Rohana Arifin (Chairperson PRM)
- Hishamudin Rais (Former student activist)
- Wan Saiful ( Founding Chief Executive , IDEAS)
Daftar Sekarang
Tiket
RM10 (RM5 untuk pelajar)