Pls Click To Support This Blog,TQ!

請支持原創~讓鬥爭持續下去!

《逆流世代》屬非盈利,幾年來不斷勤於發表大馬政治時事評論,免費供網友們閱讀。請給予支持,樂捐些稿酬於部落客,信用卡與Paypal都OK,有多少就多少~再次感謝您熱心的支持。 Donations Are Welcome,to keep Arus Lawan's blogger continue his passion & struggle,Thanks 4 your support. 若無Paypal帳號,您可以透過銀行或網絡轉帳進行匯款,請聯繫: If you don't owned a Paypal account,you can pay via bank tranfer or online banking,pls contact 4 further details: kawasaki918ken@yahoo.com.tw

2008年8月4日星期一

Pahlawan Liberasi:Parti Komunis Malaya

Beberapa hari dahulu,Malaysia meraikan “Hari Pahlawan” yang bertujuan mengenangkan “wira-wira” yang mengorbankan diri demi negara. Siapakah wira-wira beliau?tentera serta polis yang mengorbankan diri demi mempertahankan ibu pertiwi dari “ancaman gerilla komunis”,yah,bermakna komunis itu adalah jahat & mereka yang menentangnya baru berhak dijadikan wira pahlawan negara mulia ini.Perang saudara komunis itu digelar sebagai ancaman?Betulkah jika dicaci teruk macam ini,manakah bukti? Cuba kita membaca buku teks sejarah sekolah menengah,komunis itu membunuh peladang,bunuh polis,baker rumah,mengebom landasan keretapi,bunuh rakyat,jikalau semua ini adalah benar,apakah sebabnya?Tetapi kita tidak melihat sebarang pengajian ,bahkan terus dimomokan oleh kerajaan yang bergelar sebagai“patriot” sendiri.

Zaman peperangan adalah pembunuhan antara dua kumpulan,siapa yang betul ataupun salah sebenarnya tidak dapat disangka.Malaysia merupakan tempat penjajahan British imperialisme yang mengekspoitasikan rakyat Malaya & rakyat utara Borneo,Komunisme sebagai ideology yang progresif,berikrar untuk berjuang demi kemerdekaan Negara dari pihak British.Tengoklah zaman penjajahan kejam rejim Jepun,British yang takut mati itu sudah sedia melarikan diri dan meninggalkan Malaya begitu sahaja,hanya gerilla MPAJA yang kebanyakkannya orang cina yang berani menentang dengan tentera Jepun serta kempeitai sejak regim itu dibina,Force 146 yang dianggotai oleh British dan ahli-ahli KMT cuma semasa Jepun sudah hampir kalah pada Perang Dunia ke-2.MPAJA pernah dianugerahi pingat pahlawan setia oleh pihak British selepas PD2,tetapi akhirnya ia dikhianati oleh British & konco-konco pengampu orang tempatan,Parti Komunis diharamkan sebab Britain dan pihak barat telah bersedia menghalang segala “ancaman merah” dari USSR.

Jika sesuatu parti politik diharamkan begitu,dan matlamat mereka tidak dapat ditujui lagi,apa lagi boleh mereka buat?MPAJA ditubuhkan untuk menentang penjajah,jadi penentangan melalui senjata merupakan tindakan revolusi mereka untuk memenangi kemerdekaan Malaya,seperti apa yang Mao Tse-Tung kata:“revolusi bukan sekadar belanja tetamu makan sahaja”,proses revolusi adalah melalui penentangan yang kukuh terhadap semua penjajah untuk meliberasikan tanah air kita.Pada tahun PKM diharamkan,suatu persidangan di Johor telah menentukan perjuangan revolusi secara keras melalui perang anti-kolonial yang bertujuan kemerdekaan,Angkatan Anti-British Rakyat Malaya(MPABA)pertama kali ditubuhkan dan kemudian ditukarkan nama kepada Ankatan Liberasi Rakyat Malaya(MPLA/MRLA/MNLA).Bukan yang politikus kerajaan kanan yang pandai bercakap Malaysia ini dibina dengan aman,adakah zaman darurat itu aman?Tentera British memaksa kaum Cina tinggal dalam kampung baru yang dijaga ketat oleh mereka,kadang kala membunuh orang yang disyaki komunis tetapi tidak bersalah langsung,hanya politikus yang pro-penjajah dia orang itu yang hidup dalam keadaan aman semasa kolonist British memerintah.

Terutamanya Kemerdekaan Malaya yang diberikan oleh British,bahawa parti politik yang memerintah negara ini kesemuanya parti politik perkauman berhala yang kanan yang disetujui oleh penjajah.Walaupun zaman darurat tamat pada 60-an,tetapi akta-akta kejam yang menyekat perpaduan dan hak bebas rakyat telah diwarisi sampai sekarang,sebenarnya ancaman komunis pada masa itu tidak lagi begitu “mangancam” kerana gerilla telah berundur sampai ke sempadan Malaysia-Thai(“The Little Long March”),pengacam komunis sebagai alasan untuk memanjangkan kuasa kukuh besi mereka seperti menyekat parti kiri serta menangkap pemimpin buruh & mengugut rakyat. Memang benar polis-polis ini semuanya boleh dikira sebagai “wira”,begitu juga FRU yang menindaskan hak demonstrasi rakyatlah itu.Zaman perjuangan keras angkatan PKM semakin lemah selepas 70-an selepas pemimpinya Chin Peng larikan diri ke China & selepas satu “pembersihan parti”(purge)besar yang mengakibatkan PKM dipecahkan kepada Centrist,Marxist-Leninist dan Revolution Fraction .Di Borneo Utara pula,Angkatan Pembebasan Kalimantan Utara(NKLA)mengalami kelemahan juga setelah satu rovolusi gagal yang dipimpin oleh Azahari,ketua Parti Rakyat di Brunei.

Akhirnya pada 1989,Chin Peng sebagai setiausaha umum PKM mengistiharkan pembubaran angkatan MPLA dan parti mereka,ingat,mereka bukan menyerah kalah,itu sebagai satu penamatan penentangan(truce)sahaja,tetapi sejak itu,ancaman boleh dikira tiada lagi kerana PKM sudah dimusnahkan,dan sejak itu,kerajaan kanan ini terus lagi kemomokkan mereka terhadap PKM,dalam buku sejarah,program televisyen,ceramah yang mempromosikan mereka sebagai patrot yang mempertahankan negara ini,tentera negara didak dinafikan mereka betul-betul berani,kerana itu perang dan bukannya sekadar cakap main sahaja,politikus-politikus ini adalah tikus,bukan wira mahupun seorang pejuang,apatah lagi patriot lagi?Chin Peng & pahlawan MPLA masih tidak diberikan warga negara lagi walaupun mereka tidak berperang lagi,inikah negara aman dan demokrasi?Tidak hairanlah,dulu mereka anti-komunis haprak & benci politik kiri,mengharamkan orang membaca bahan ideologi kiri,jadi mereka masih takut akan komunisme akan bangkit semula di tanah Malaysia ini.

Jikalau kalian semua mengunjung ke Tugu Negara,janganlah beragak pandai bersalute ataupun mengenang budi tentera negara.Lihatlah orang yang dipijak bawah kaki tentera,semuanya pahlawan MPLAlah tu,mati berkorban lagi dihina oleh kerajaan kanan ini.Kita tidak mahu sebarang pihak-memihak,tetapi kita harus adil,tentera bahkan PKM,semuanya dikira wira dan pahlawan sejati yang tujuannya untuk mempertahankan negara ini,cuma ideology adalah berbeza,tidak bermakna PKM itu semua hantu jahat & tidak berperimanusiaan kerana menentang kerajaan & membuat kacau.Adakah kerajaan racist ini baik?50 tahun turut-turut,demokrasi hanya sesuai untuk dibenteng dan didebat sahaja,semuanya penipu.Dan cakap berbela demi kaum sendiri itu,kanapa kebanyakan masyarakat pekerja masih berada dalam keadaan miskin dan gaji minimum mereka tidak dituntut?PKM itu pahlawan liberasi,jangan kita diperbodohkan oleh sejarah palsu kerajaan & konco-konco serta racist yang menghina pilitik kiri dan beranggap ia sebuah ancaman & keji.PKM sejak dulu menentang Jepun,menentang British dan menentang kerajaan reaktionist,ini tidak dikira salah dan sepatutnya disanjungi,kerana PKM tidak pernah mengawasi dan menubuhkan kerajaan revolusi & membunuh rakyat,seperti USSR zaman stalin ataupun zaman revolusi-kultur di tanah besar,meraka harus disanjungi kerana mereka juga sekumpulan pahlawan!

Kerajaan tidak langsung mempeduli sumbangan PKM dahulu di negara ini,jadi mereka tidak mahu memulihkan & membersihkan nama jahat PKM,kerana “sejarah ditulis oleh pihak yang menang”,lagipun kerajaan bukan menang tapi menganggapkan sendiri telah menang habis.Saya sangat gembira kerana terlihat syarikat penerbitan seperti SIRD,21th Century dan lain-lain yang telah mencetak banyak buku-buku yang ditulis oleh komrad-komrad PKM dan pengajian terhadap mereka.Mereka mempunyai sejarah dan perjuangan sendiri,buku sejarah ala Kerajaan itu sebenarnya boleh dikira separuh sampah kerana sejarah sebelah PKM tidak ditulis dengan sempurna dan tuntut nilai adil sejarah,insiden 13 May juga sama.Buku-buku berkaitan dengan PKM dan perjuangan revolusi yang pernah saya baca,boleh saya mengesyorkan kepada orang yang minat mengetahui sejarah sebenar PKM :

1)alias Chin Peng:My Side of Story
2)Evergreen-The Road of MCP-Liu Jian Quan-Sin Chew Jit Poh(in Chinese)
3)Dialogue With Chin Peng:New Light on The MCP-C.C Chin & Karl Hack
4)Bagaimana rupanya Chin Peng?-Kao Nan Kang underground committee Thailand(in chinese)
5)Islam.Melayu.Komunis-SIRD
6)Memoir of Rashid Mahideen -SIRD
7)Memoir of PKM Central Committee member Ah Seng(several volumes,in chinese )21th Century
8)Memoir of Shamsiah Fakeh
9)Kenyataan di sempadan Thai-Malaysia(several volumes,in chinese)-Fang Shan-21th Century
10)Zaman angin & ribut kencang(about NKLA,in chinese)-Yu Dong-Law Yek Muk
11)From Pacific War to Merdeka-James Wong Wing On-SIRD
12)Fong Chong Pik: The Memoirs of a Malayan Communist Revolutionary
13) Gerakan dan Tokoh Kiri- Mohamed Salleh Lamry-SIRD
14) Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan-Mohamed Salleh Lamry-SIRD
15) Life As The River Flows- Agnes Khoo-SIRD
16) Memoir of Abdullah CD -SIRD
17) Serikandi Suriani Abdullah-SIRD
18) “The Finest Hour”: The Malaysian – MCP Peace Accord In Perspective- Collin Abraham-SIRD
(照片來源:當今大馬)

没有评论: