1 Malaysia,tak habis-habis
1 Malaysia,taman
sekolah kedai warung
rumah stor perhentian-bus
mana-mana jua
1 Malaysia
lagu filem MTV
buku teks flyers Ah-Long
hari-hari di televisyen
radio facebook twitter
dekat di hati anda
rakyat dunia Arab,lawan kezaliman
kezaliman BN,1 Malaysia
1 Malaysia,Cuti-Cuti Malaysia
jadi Curi-Curi Wang Malaysia
Transformasi,semua duit
diboros oleh kroni-kroni
projek gajah putih dimana-mana
1 Malaysia,cakap tak serupa bikin
mana rakyat didahulukan,
manakah pencapaian diutamakan
putih tulang jangan putih mata
buta mata jangan buta hati
1 Malaysia,haprak dan pecah-roba
rakyat sengsara,hampa dengannya
bersatu kita menentang kezaliman
BN,1 Malaysia,sandiwara wayang kulitnya!
没有评论:
发表评论