Pls Click To Support This Blog,TQ!

請支持原創~讓鬥爭持續下去!

《逆流世代》屬非盈利,幾年來不斷勤於發表大馬政治時事評論,免費供網友們閱讀。請給予支持,樂捐些稿酬於部落客,信用卡與Paypal都OK,有多少就多少~再次感謝您熱心的支持。 Donations Are Welcome,to keep Arus Lawan's blogger continue his passion & struggle,Thanks 4 your support. 若無Paypal帳號,您可以透過銀行或網絡轉帳進行匯款,請聯繫: If you don't owned a Paypal account,you can pay via bank tranfer or online banking,pls contact 4 further details: kawasaki918ken@yahoo.com.tw

2011年8月21日星期日

Belajarlah dari Yasmin Ahmad

Pengiklanan TV Musim Perayaan kian terhempas.Semenjak iklan Hari Raya tahun lepas dikritik sebagai "eretan Santa Klaus",iklan Ramadhan pada tahun ini dilabel sebagai "gadis non-muslim yang kurang ajar",walaupun agak kreatif dan menarik,namun iklan musim perayaan selalu dipolitik dan diperkaum oleh pihak yang berfikiran perkauman.

Jika ingin mentafsir Hari Raya,umat Islam di Malaysia mementing keharmonian dan perjumpaan ahli keluarga serta rakan-rakan sekampung.Iklan "eretan Santa Klaus"mungkin tidak disengajakan demi penghiasan suasana perayaan yang meriah.Walau bagaimanapun,ada di kalangan pihak yang berhati busuk bersalah faham dan memutar belitkan sebagai iklan Krismas atau unsur-unsur"kafir".Iklan Ramadhan tahun ini pula diikuti oleh seorang gadis yang serupa kaum "Cina"yang bersorak-sorak,memakai pakaian seksi serta makan kegolojohan di depan penjual makan muslim yang sedang berpuasa.Walaupun tidak tercatat,watak gadis yang mengakibat kemarahan penonton TV adalah ia "bermuka Cina"dan mungkin dicaci adalah "non-Muslim".Adakah kita yang sensitif,atau iklan yang mengakibatkannya?

Jadi,tersempat saya teringat direktor yang masyhur negara kita-Allahyarham Yasmin Ahmad(1958-2009),dan hanyalah dia yang mampu mentafsirkan iklan perayaan dengan penuh bermakna dan tidak sensitif.Kebanyakan iklan Yasmin bertema hubungan etnik,namun ia tidak sensitif langsung,dan mampu mentafsirkannya secara harmoni.Yang paling tipikal sekali,adalah iklan Hari Kemerdekaan tahun 2007 yang bertajuk "Percintaan Tan Hong Beng","Bagaimana mengeja Dinosaur"dll,keseluruhannya dilihat dari perspektif kanak-kanak,yang dipenuhi kasih-sayang dan persahabatan,menunjukkan bahawa hubungan etnik tidak sekaku yang difahami olen khalayan.

Iklan Hari Raya Yasmin Ahmad pun menarik sekali,terutamanya seorang anak yang mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya,ketika ayahandanya mengajar perkataan"burung murai"kepadanya.Anaknya lalu sedari diri yang kurang ajar lalu memohon maaf kepada ayahandanya yang mengalami kemerosotan peringatan.Iklan ini mencerminkan adat resam pengampunan yang mulia sempena Hari Raya.Satu lagi adalah anak perempuan yang membawa ayah pulang dari hospital semenjak Hari Raya,lalu diketepikan dan dilayan dengan tidak berhormat oleh anak mertuanya.Suami-isteri ini terkejut apabila anak-anak mereka mahu belajar langkah mereka yang "jahat"seperti melayani atuk mereka,kemudiannya mereka insaf dan memohon maaf.

Yasmin Ahmad mementingkan sifat manusia yang suci,baik dan lembut,dan karyanya biasa mendalami masyarakat yang pantang-larang,seperti topik perkauman dan agama yang sensitif.Dia mengkritik persepektif perkauman dan permikiran yang sempit,namun dia wajar disanjung oleh khalayan kerana keberanian dan mampu mengembalikan kemesraan dan keharmonian dikalangan masyarakat.

Walaupun "eretan Santa Klaus"dan "gadis non-Muslim"sangat berkreatif,jika ia disalah tafsir atau sengaja disalah tafsir,malah buruklah akibatnya.Apatah lagi pihak yang berniat jahat dan mampu memutar belitkan isu sensitif kepada kebencian dan kehuru-haraan di kalangan umat islam dan non islam?Belajarlah dari Yasmin Ahmad,yang mementingkan sifat kebenaran,kebaikan dan kecantikan dalam filem dan iklannya,yang wajar menyentuh hati rakyat Malaysia.




没有评论: