Memang kita berasa kehampaan dan kemarahan apabila satu lagi demonstrasi keamanan telah dihalang,bukan ditindas tetapi dihalau oleh polis pada hari sambutan May Day yang sepatutnya diraikan dan hak bebas oleh para pekerja untuk megeluarkan permintaan,serta kerayuan mereka kepada kerajaan serta rakyat.Malangnya,kumpulan yang terdiri daripada pekerja,pelajar,peguam dan lain-lain tidak sempat menghantarkan rayuan mereka seperti gaji maksimum RM900 serta hak-hak pekerja,pembantahan terhadap FTA dan sebagainya,maka dilarang dan dihalau kerana ia merupakan perhimpunan yang so-called haram itu.
Cuba kita memerhatikan May Day di negara jiran kita seperti Indonesia,Filipina, demonstrasinya lebih aktif dan agressif berbanding dengan kita di sini,kalau demonstrasi keamanan disekat sebegitu,dan janganlah kita sambutan May Day,tidak bermakna agaknya.Mungkin kerajaan takut kerana memang adanya teladan buruk seperti berlaku di Hamburg,Jerman yang remaja radikal menyerang bank dan melakukan vandalisme terhadap pembinaan awam,jelas ternyata dia tidak faham apa ertinya “AMAN(atau PEACE)”.
Contoh lain seperti demonstrasi Hindraf pada tahun lepas,kerajaan BN sering mengkritik bahawa perhimpunan ini bersifat ekstremis dan bersehubungan dengan kumpulan pengganas di Sri Lanka,demonstrasi aman menjadi huru-hara kerana penindasan FRU terhadap kaum India yang tidak bersalah,maka lima pemimpin Hindraf ditangkap mengikut akta ISA yang kejam lagi jahanam,seorang daripadanya,M Manoharan telah memenangi kerusi pada PRU-12 masih dalam tahanan di Kem Kamunting,kerajaan BN macam sengaja tidak mahu melepaskan Encik Manoharan dan pemimpin lain,kerana takut perhimpunan akan dibankitkan lagi untuk meraikan kepulangan mereka.Yang dibengisi rakyat adalah tempo tahanan ISA ditambah lagi 2 tahun kononnya bukan dimansuhkan,inilah sifat kekejian yang langsung mengabaikan hak asasi manusia ,kerajaan BN itu haprak!
Selepas PRU-12,Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR,PAS dan DAP telah menakluki 4 negeri serta ibu Negara,mempunyai 82 kerusi dalam parlimen negara,tetapi kerajaan BN masih mahu berlagak lagi kerana dia masih parti yang memerintah Negara ini,jadi mereka tidak rasa bimbang.Inilah sebabnya mereka berhak membuat kacau di Pulau Pinang,selepas Lim Guan Eng membatalkan DEB,tetapi diberikan hak bebas berdemontrasi,kerana inilah yang disebutkan demokrasi,berdemonstrasilah secara aman!Tengoklah keadaan di Kuala Lumpur pada May Day,hak rakyat berdemonstrasi secara aman dan damai dirampas kerana tidak mempunyai lesen kelulusan,adakah kumpulan demonstrasi UMNO di Pulau Pinang dan Terengganu itu menpunyai lesen? Kenapa harus para pekerja,pelajar kampus,penyokong parti pembangkang dan pejuang hak asasi manusiaa dihalau,ditangkap,dihentam dan dipenjarakan?
Sampai bilakah rakyat mahu lagi dibulli dan ditindas oleh pihak kerajaan yang kejam semacam ini?Kerajaan BN masih tidak tahu insaf kesalahan diri itu sekali lagi mencabar rakyat ,cabaran mampu diterima oleh rakyat satu kali lagi,selepas 30 orang ahli Parlimen BN lompat ke PKR dan menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat,atau pengundian pada PRU-13 yang akan datang?Janji kerajaan yang anti-rakyat itu mesti tumbang ,dan diikuti oleh kerajaan yang lebih mementingkan hak asasi dan kehidupan rakyat jelata,iaitu pakatan yang pro-rakyat.
没有评论:
发表评论